Wednesday, February 24, 2010

"Untuk kawan-kawan yang kita suka lagi"

Click for larger images.





5 Golden Rules

ETIKA BERSAHABAT

1. KESABARAN
Belajarlah bersabar sekiranya sikap teman baikmu itu menyinggung perasaanmu, mungkin dengan kesabaranmu, temanmu itu akan mulai berubah dan mula berfikir tentang hati dan perasaan orang lain.

2. BERTERUS TERANG
Jangan sesekali kamu memendam perasaan jika kamu tidak menyenangi sikap teman – teman di sekelilingmu. Cuba berbincang dan berterus terang agar masalah yang membelenggu dirimu akan selesai dan jangan meninggikan suara ketika berbincang.

3. IKHLAS
Sentiasa bersikap ikhlas dan jangan terlalu berkira dengan orang lain. Sikap ikhlas kita akan menjadikan teman disekeliling akan lebih menghormati kita.

4. JUJUR
Belajarlah menjadi seorang yang jujur. Saling percaya mempercayai menjadi hubungan persahabatan yang dijalinkan akan berjaya. Sebaiknya, buang jauh – jauh sikap bermuka-muka kerana ianya sikap merenggangkan persahabatan.

5. SALING FAHAM MEMAHAMI
Saling faham memahami dan tidak berprasangka buruk adalah resepi utama dalam membina sebuah persahabatan yang berjaya.

Saturday, February 13, 2010

"Untuk kawan-kawan yang kita suka"


Aku suka kamen rider
Batman lagi powerlah
Kalau macam tu aku power rangers merah la
Aku ketua aku ketua
Ahh seboklah kau
Bak sini balik
Aku ada mainan baru
Tak heran aku ada aiskrim
Tanak kawan kau
Eh jom kita pergi maen
Jom sama-sama.

Semalam gaduh
Harini baik
Zaman kanak-kanak penuh jujur

Friday, February 12, 2010

"Tiada titik noktah"


Ku berjalan di merata tempat
Ku pijak pelbagai tanah
Ku hirup pelbagai udara
Ku jumpa pelbagai orang
Ku nangis pelbagai ketika
Ku tawa pelbagai rasa
Ku tendang pelbagai batu
Ku nyanyi pelbagai lagu
Semuanya berubah
Tapi hanya
Kau,kawan sejati
dan
Kau,cinta suci
Tetap takkan berubah walaupun ku telah pijak pelbagai tanah.

Friday, February 5, 2010

"Kapal terbang kertas"


Disebabkan semua tak setuju dengan "Berhenti"

"kapal terbang kertas"

Kembali optimis
Kembali mengejar
Aku kapal terbang kertas
Akan terbang ke atas dan ke atas
Walaupun tidak tahu akan apa di hadapan
Yang tahu hanya ke hadapan dan kehadapan
Entah kenapa langit itu kelihatan begitu cerah sekali.

Monday, February 1, 2010

"Berhenti"


berhenti mengejar kereta itu
yang sudah masuk ke jalan baru

berhenti mengejar burung itu
yang sudah temui sarang baru

berhenti mengejar kertas itu
yang sudah terbang di bawa bayu

berhenti mengejar orang itu
yang sudah dikejar orang baru

berhenti.

~~kanak-kanak berkejaran riang gembira.
ingin aku kembali ke zaman itu.~~
 

Sang Pelangi Copyright © 2010 Designed by Ipietoon | Thank You for Visiting -Fuchiha Fatiha-