Sunday, September 5, 2010

"Pungguk dan Bulan"



Si Pungguk memandang ke arah bulan lalu berkata:

Bulan,
kalaulah kau tahu betapa dalamnya perasaan aku
kalaulah kau tahu betapa sedihnya hati aku
sungguh dalam rasa ini

Aku tak tahu kenapa bulan,
walau kau sudah berkali berkata jangan tapi aku tetap tidak boleh
tapi mulai saat ini aku akan cuba melakukannya
terima kasih bulan

Walaupun kau jauh di sana
Semoga kita berjumpa lagi

Sunday, June 27, 2010

"Tawar"



Sepertinya
bak menunggu bulan jatuh ke riba
Sepertinya
bak melukut di tepi gantang

Hari ini dikatakannya putih
tiba tiba
tanpa rasa
esok dikatakannya pula hitam

Si naif ini
Sudah gembira amat mendengarkan yang putih itu
Si naif ini
Kecewa amat apabila putih tak lagi putih
Tawar hatinya


Kebelakangan ini
Seringkali mengalir hujan
Mengenangkan bulan yang takkan jatuh ke riba
Sudah capai 1 liter barangkali

Bilakah pelangi akan muncul.



Saturday, May 22, 2010

"Kutub Utara Kutub Selatan"



Mahunya si utara
Aku si selatan
Dia melihat banyak kuntum-kuntum
Tapi untuk mencari sekuntum itu bukannya mudah
Jika si kuntum itu si selatan
Tapi
Mahunya dia si utara
Berhentilah selatan
Sesungguhnya kau pun tahu
Peluangnya zero
Dia takkan sedar dan kesah selatan

Cubalah
Berhenti.

Thursday, March 4, 2010

"Alam yang telah dilupakan"




tak pasti
tak tentu
takut ini
takut itu
aku saja
atau
kau pun sama
aduh
takut
mungkin patut di lupakan
bantulah aku Ya Tuhan

*Save the earth!*

Wednesday, February 24, 2010

"Untuk kawan-kawan yang kita suka lagi"

Click for larger images.





5 Golden Rules

ETIKA BERSAHABAT

1. KESABARAN
Belajarlah bersabar sekiranya sikap teman baikmu itu menyinggung perasaanmu, mungkin dengan kesabaranmu, temanmu itu akan mulai berubah dan mula berfikir tentang hati dan perasaan orang lain.

2. BERTERUS TERANG
Jangan sesekali kamu memendam perasaan jika kamu tidak menyenangi sikap teman – teman di sekelilingmu. Cuba berbincang dan berterus terang agar masalah yang membelenggu dirimu akan selesai dan jangan meninggikan suara ketika berbincang.

3. IKHLAS
Sentiasa bersikap ikhlas dan jangan terlalu berkira dengan orang lain. Sikap ikhlas kita akan menjadikan teman disekeliling akan lebih menghormati kita.

4. JUJUR
Belajarlah menjadi seorang yang jujur. Saling percaya mempercayai menjadi hubungan persahabatan yang dijalinkan akan berjaya. Sebaiknya, buang jauh – jauh sikap bermuka-muka kerana ianya sikap merenggangkan persahabatan.

5. SALING FAHAM MEMAHAMI
Saling faham memahami dan tidak berprasangka buruk adalah resepi utama dalam membina sebuah persahabatan yang berjaya.

Saturday, February 13, 2010

"Untuk kawan-kawan yang kita suka"


Aku suka kamen rider
Batman lagi powerlah
Kalau macam tu aku power rangers merah la
Aku ketua aku ketua
Ahh seboklah kau
Bak sini balik
Aku ada mainan baru
Tak heran aku ada aiskrim
Tanak kawan kau
Eh jom kita pergi maen
Jom sama-sama.

Semalam gaduh
Harini baik
Zaman kanak-kanak penuh jujur
 

Sang Pelangi Copyright © 2010 Designed by Ipietoon | Thank You for Visiting -Fuchiha Fatiha-